Sunday, December 30, 2018

Thursday, December 27, 2018

Wednesday, December 5, 2018

booklist 2019



senarai buku bagi tahun 2019 boleh di dapati di kedai buku sekolah 
waktu operasi : isnin - jumaat (9 pg-2 ptg)
sabtu (9 pg - 1 ptg)


Wednesday, November 28, 2018

LENCANA SEKOLAH

Add caption

LAGU SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Seputih adalah nama asal Sekolah Kebangsaan Seri  Mega. Mengikut catatan sejarah, ianya dibina oleh penjajah dalam tahun 1909 dan terletak di pinggir Jalan Klang, 3 batu dari pusat bandar Kuala Lumpur dan tergolong sebagai sebuah sekolah tertua di negara ini.
Pada 30 November 1909, bermulalah detik bersejarah dimana  45 orang anak-anak Melayu lelaki menjejakkan kaki di sekolah yang dibina daripada kayu. Tuan Haji Lambak adalah merupakan Guru Besar pertama yang dilantik oleh Inspectorate Of Malay Schools  bawah pentadbiran penjajah pada masa itu.
Bilangan murid meningkat kepada 100 orang pada tahun 1933. Selepas kemerdekaan, kesedaran ingin belajar di kalangan bangsa Melayu telah timbul. Dengan ini bilangan anak melayu yang ingin ke sekolah juga turut meningkat. Pada tahun 1968, enrolmen sekolah ini mencecah kepada 431 orang.
Pada 1981, Sekolah Kebangsaan seputih terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selesa dan sesuai. Dengan itu juga namanya ditukar daripada Sekolah Kebangsaan seputih kepada Sekolah Kebangsaan Taman Overseas Union bersempena nama tempat letaknya sekolah tersebut.
Oleh sebab nama sekolah ini senama dengan nama syarikat perumahan , maka difikirkan perlu di beri nama yang sesuai dengan masyarakat setempat. Pada 1984, persetujuan antara JPN, PIBG dan pihak sekolah yang diketuai Guru Besar, Encik Mohd Baki Bin Wan Abu Bakar telah menerima dengan sebulat suara mengambil nama sebatang jalan utama di tempat ini iaitu “Jalan Mega” supaya diabadikan “Mega”  sebagai nama sekolah ini.
Nama Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Mega diluluskan pada 16 Julai 1984, tetap dalam kumpulan pendaftaran Sekolah Kebangsaan dengan kod BBA2036 kemudian ditukar kepada WBA0036. Dengan tercipta nama baru ini, tidak pula mengubah status, corak dan peraturan lama bahkan logo sekolah masih terus digunakan hingga ke hari ini.

Dikemas kini pada 16 Julai 2010
 
Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Mega ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Mega sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.